Yayasan Ikram Malaysia diperbadankan pada 31 Oktober 2011 mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) di bawah Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri. Pemasyhuran secara rasminya telah dibuat pada 17 November 2018 di IPCC, Putrajaya. Sementara operasi secara rasminya telah bermula pada 1 Januari 2019.
Yayasan Ikram Malaysia yang dahulunya lebih dikenali oleh masyarakat Malaysia sebagai i-Bantu senantiasa peka dan prihatin kepada golongan miskin berkeperluan, orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal, anak yatim, mangsa bencana dan sebagainya. Atas rasa keprihatinan dan tanggungjawab kebajikan, maka saban tahun akan digerakkan kempen demi kempen bagi membantu kumpulan sasar ini.
Bantuan yang diberikan bukan sahaja berbentuk sumbangan kewangan, malah projek dan pembangunan sosioekonomi juga turut disalurkan bagi meningkatkan taraf hidup dan pendidikan. Pihak yang disantuni pula meliputi semua golongan masyarakat merentas kepelbagaian kaum dan agama. Selain itu, pelbagai agensi kerajaan juga turut disantuni sebagai tanda keprihatinan dan terima kasih di atas sumbangan yang telah mereka berikan selaku barisan hadapan.